Logo Goldmine Finance Advisor
Apakah Goldmine Finance Advisor?
Kami adalah kumpulan konsultan kewangan professional yang berdaftar dengan badan kerajaan yang tertentu dan bernaung dibawah CIMB Wealth Advisor (CWA).
Our Hierarchy:
Our Vision:
Menjadi Komuniti Perancangan Kewangan ISLAMIK terbesar di Malaysia
Our Policy:
Semua lapisan masyarakat berpeluang merancang kewangan secara ISLAMIK untuk menjamin struktur kewangan yang diimpikan pada masa hadapan
Our Policy:
Untuk membantu dan mengenengahkan perancangan kewangan secara ISLAMIK kepada semua golongan masyarakat
Our Function:
Kami berfungsi sebagai konsultan dalam memberi khidmat nasihat dalam perancangan kewangan untuk setiap pelanggan yang merangkumi setiap aspek dalam perancangan kewangan iaitu menjana (Create) , melindung (Protect) dan memelihara (Preserve) kewangan.
Kami percaya bahawa setiap satu pelanggan adalah unik dan memerlukan perancangan kewangan khas bagi menyesuaikan dengan keperluan setiap pelanggan kami. Kami menawarkan pelan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk membantu anda mencapai matlamat dan objektif kewangan anda. Kami sebagai konsultan yang professional telah dilatih terlebih dahulu memahami keperluan khusus anda, dan mampu memberi cadangan atau rekomen yang terbaik dalam gabungan menjana kewangan dan produk pemeliharaan kewangan, produk takaful atau perkhidmatan perlindungan untuk hasil yang optimum.
Anggaplah kami sebagai ONE STOP CENTRE untuk membantu anda dalam perancangan kewangan di dalam semua aspek.
Maksud Create didalam pelan kewangan CWA adalah perkhidmatan dalam bagaimana anda ingin menjana kewangan anda dengan CWA. Secara keseluruhannya, anda dapat menjana bagi menggandakan kewangan anda melalui pelan penyimpanan kewangan yang Fantastik daripada pihak kami. Setiap nilai kewangan anda yang disimpan didalam CWA ini akan digandakan melalui Skim Unit Amanah yang sah dan mematuhi syarat syariah serta dipantau secara berterusan oleh pakar kewangan professional yang telah dilantik oleh pihak CWA bagi menentukan skim unit amanah yang terbaik untuk anda mengikut profil risiko yang bersesuaian dengan anda. Kami CWA berfungsi sebagai panduan yang professional dan berpengalaman dalam perjalanan anda ke destinasi kewangan anda yang diimpikan.
Apakah Maksud Melindung (Protect):
Protect dalam CWA bermaksud sebagai satu pelan perlindungan kewangan anda apabila perkara yang tidak diingini berlaku bagi mengelakan anda terpaksa mengorbankan simpanan kewangan/harta anda. Didalam CWA, kami mempunyai pelan perlindungan takaful yang berdasarkan syariah.
Apakah Maksud Memelihara (Preserve):
Erti kata memelihara(Preserve) kewangan adalah satu watsiat bagi memastikan harta/kewangan yang ditinggalkan sampai pada orang yang telah ditentukan. Kami tahu bagaimana proses yang susah dan rumit apabila datang kepada proses tebusan aset/harta watsiat. Oleh itu, pihak CWA telah melangkah ke hadapan bagi meyelesaikan masalah ini dengan pelan watsiat kewangan anda dengan berdasarkan kaedah Islamik yang menepati syariah.
Kenapa memilih Goldmine Finance Advisor sebagai "One-Stop-Centre" untuk pelan kewangan anda:
1. Kami sebagai konsultan dari CWA yang professional dan memberikan perkhidmatan VIP kepada setiap klien kami
2. Kami sentiasa akan memastikan komunikasi antara kami dengan klien tidak putus bagi memastikan setiap klien sentiasa mendapat info untuk pelan kewangan mereka
3. Kami mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meliputi semua aspek pelan perancangan kewangan anda
4. Anda mampu memiliki perancangan kewangan anda yang mematuhi syariah dan Islamik daripada pihak konsultan kami
5. Pihak kami mampu memberi cadangan and rekomen untuk setiap gabungan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CWA mengikut kesesuaian dengan pelan rancangan kewangan anda.
6. Kami tidak memilih bulu dalam memberi perkhidmatan dan servis. Setiap klien berhak mendapat perkhidmatan yang VIP dan bermutu daripada pihak kami.
7. Kami ingin mengenengahkan sistem perkhidmatan kewangan yang Islamik untuk setiap klien kami
KAMI BUKAN KUMPULAN SALESMAN TETAPI KAMI ADALAH KONSULTAN KEWANGAN PROFESSIONAL YANG BERTAULIAH DAN DIIKTIRAF OLEH BADAN KERAJAAN MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment