KWSP












Apakah dimaksudkan dengan KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja)

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan untuk pekerja-pekerja swasta melalui pengurusan simpanan mereka.

Akaun KWSP adalah akaun di mana segala caruman dan sumbangan anda serta majikan anda disimpan. Berkuatkuasa dari 1 Januari 2007, akaun ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Akaun I dan Akaun II. Caruman yang diterima bagi pihak anda daripada majikan anda akan dikredit ke dalam kedua-dua akaun tersebut berdasarkan peratusan yang berikut:
§  Akaun I   - 70% daripada caruman bulanan;
§  Akaun II  - 30% daripada caruman bulanan.


Akaun I


Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan anda sahaja, dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum anda mencecah usia 55 tahun, hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia (pembayaran akan dibuat kepada penama / waris).

Apabila umur anda mencecah 55 tahun, anda boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan anda (termasuk simpanan dalam akaun II) sekaligus, atau dalam amaun melebihi RM2,000, atau dengan menggunakan skim pengeluaran bulanan secara ansuran.
Akaun II
Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan yang selesa. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
§  mencecah umur 50 tahun;
§  pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama;
§  penyelesaian baki pinjaman perumahan – rumah pertama;
§  pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda;
§ menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda

Bagaimana ingin meningkatkan pendapatan persaraan KWSP anda melalui CWA

Anda dibenarkan untuk melabur sebahagian daripada simpanan di akaun I dengan 20% daripada jumlah perbezaan di antara tabungan di dalam akaun I dan nilai Tahap Simpanan Asas yang ditetapkan.

Pihak CWA hanya akan menawarkan perkhidmatan perlaburan melalui caruman KWSP minimum RM1,000.

Bagaimana ingin menyemak kelayakan 
1.  Semak baki Akaun I dari penyata KWSP anda terkini. 

§  Anda boleh menyemak simpanan KWSP anda di kiosk atau di cawangan KWSP seluruh Malaysia.
§  Anda juga boleh menyemak secara online di website KWSP. Untuk mengaktifkan akaun website, anda perlu mandapatkan kod KWSP di cawangan atau kiosk KWSP berdekatan dahulu.

2. Semak umur terkini anda


Sila rujuk laman CWA dibawah untuk menyemak kelayakan anda untuk melabur melalui caruman KWSP.

Error: Embedded data could not be displayed.
Sumber: http://www.cwealthadvisors.com.my



0 comments:

Post a Comment